Cebisan Rindu III
Kesunyian hari-harimu biarlah ditemani puisi ini...Salam perjuangan kepada sahabatku, Dinie Ashrafi (Liverpool), kita masih dipayungi hamparan langit yang sama...
Puisi yang kau lakarkan
adalah garis-garis keikhlasan,
memeterai janji rindu persahabatan.
Kita berpaling ke belakang,
mengintai kegembiraan
yang memenuhi rongga-rongga pengorbanan,
mengubati keperitan
dalam melintasi titi perjuangan.
Memori itu adalah kekuatan,
jarak pemisahan bukan halangan,
kerana puisimu telah kutafsirkan,
di hamparan kanvas kehidupan,
yang ku dambakan keberkatan.
Edinburgh,
Scotland.
4 Januari 2007
19:43
Puisi yang kau lakarkan
adalah garis-garis keikhlasan,
memeterai janji rindu persahabatan.
Kita berpaling ke belakang,
mengintai kegembiraan
yang memenuhi rongga-rongga pengorbanan,
mengubati keperitan
dalam melintasi titi perjuangan.
Memori itu adalah kekuatan,
jarak pemisahan bukan halangan,
kerana puisimu telah kutafsirkan,
di hamparan kanvas kehidupan,
yang ku dambakan keberkatan.
Edinburgh,
Scotland.
4 Januari 2007
19:43
2 Comments:
Thanx Anas... nanti aku datang dublin.. dont worry.. crash tempat kau pulak... sunyi rasanya tanpa rakan2 lama... tapi hidup ini mesti tabah kan.. :D
Salam,
Ada sesiapa (termasuk tuan punye blog)yang berminat utk join antologi puisi Grup Karyawan Luar Negara? berminat? nak tanye ape2?
email adelei_ephsilon@yahoo.com
meow~~
(minat benor ko dgn "langit yang sama" tu yekkk.. hi hi hi)
Post a Comment
<< Home